

Anda memiliki sikap suka berfikiran negatif apabila:
1. Memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.
2. Anda memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.
3. Anda cepat melihat yang buruk dalam apa saja situasi, benda, perkara.
4. Anda selalu mengomen, mengkondem, mengkritik, hentam belakang.
5. Anda suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga Anda.
6. Tak pernah terfikir untuk merasa bersyukur, bahkan ia takde guna bagi Anda.
7. Tak pernah meminta maaf dan tak mahu melafazkan kemaafan.
8. Sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada Anda.
9. Anda banyak bercakap untuk menampakkan Anda tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tak penting bagi Anda kerana mereka hanya tahu sedikit saja, tak setanding Anda.
10. Anda suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.
11. Lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.
12. Sakit hati melihat orang lebih berjaya dari Anda atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari Anda.
13. Anda menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar Anda sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.
14. Cakap tak berlapik, tak sopan, main hambur ikut suka hati.
15. Mahu orang lain respek Anda, tapi sukar untuk Anda respek orang lain kerana berbuat begitu memalukan Anda.
16. Cepat naik marah, pantang ditegur, susah melupakan apa yang membuat Anda marah.
17. Menganggap diri Anda kaya dan hebat serba serbi, walaupun sebenarnya banyak berhutang.
18. Anggap apa yang Anda miliki jauh lebih hebat, pencapaian Anda lebih hebat dan Anda tak sanggup dikalahkan.
19. Malas nak belajar sesuatu perkara baru.
20. Tak nak berubah, selesa kekal dengan yang ada.
21. Mahu orang lain mengikut saranan Anda, langsung tak menghormati keputusan mereka.
22. Berlagak seolah-olah Anda orang penting ketika berada dalam sesatu majlis keramaian.
23. Amat menjaga sembahyang, tapi mulut memaki-maki.
24. Berjanji insya Allah, tapi asyik mungkir janji.
25. Suka mempergunakan, memperalatkan kejujuran dan kebaikan orang.
Fikiran melambangkan perbuatan. Perbuatan juga melambangkan cemana rupa fikiran, positif ke ke negatif. Anda boleh mengenali pemikiran negatif jika Anda terlihat ciri-ciri perbuatan negatif seperti di atas.
Jadikan 25 sikap itu sebagai panduan, garis ukuran untuk Anda check attitude diri. Jika ada sikap di atas terdapat pada Anda, itu tandanya Anda kena berubah kalo Anda nak ada kemajuan dalam hidup.
Semua 25 panduan itu tak semestinya betul, bahkan boleh jadi salah kerana ia hanya berdasarkan kajian pada masyarakat umum. Tak sama pada semua orang. Saya percaya andai kata Anda sambung tulis start dari yang ke 26, mesti senarai tu sampai 100 atau 200, apatah lagi bila ditaip dengan penuh perasaan geram..betul tak? Hehe..
Biar orang kritik kita, jangan kita mengkritik sebab itu akan memfull-powerkan pemikiran negatif yang ada dalam diri kita. Banyakkan yang positif supaya dapat mengurangkan yang negatif. Pemikiran negatif sukar untuk dibuang, tapi boleh dilatih untuk menjadi semakin mengurang.
Di ambil dari http://www.imotivasi.com
"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)
PUASA menurut syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa (seperti makan, minum, hubungan kelamin, dan sebagainya) semenjak terbit fajar sampai terbenamnya matahari,dengan disertai niat ibadah kepada Allah,karena mengharapkan redho-Nya dan menyiapkan diri guna meningkatkan Taqwa kepada-Nya.
RAMAHDAH bulan yang banyak mengandung Hikmah didalamnya.Alangkah gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadhan. Bukan sahaja telah diarahkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda,malah dibulan Ramadhan Allah telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim,yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membedakan yang benar dengan yang salah.
Puasa Ramadhan akan membersihkan rohani kita dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terthindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri, dsb.
Meskipun makanan dan minuman itu halal, kita mengawal diri kita untuk tidak makan dan minum dari semenjak fajar hingga terbenamnya matahari,karena mematuhi perintah Allah.Walaupun isteri kita sendiri, kita tidak mencampurinya diketika masa berpuasa demi mematuhi perintah Allah s.w.t.
Ayat puasa itu dimulai dengan firman Allah:"Wahai orang-orang yang beriman" dan disudahi dengan:" Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa."Jadi jelaslah bagi kita puasa Ramadhan berdasarkan keimanan dan ketaqwaan.Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah kita diberi kesempatan selama sebulan Ramadhan,melatih diri kita,menahan hawa nafsu kita dari makan dan minum,mencampuri isteri,menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia,seperti berkata bohong, membuat fitnah dan tipu daya, merasa dengki dan khianat, memecah belah persatuan ummat, dan berbagai perbuatan jahat lainnya.Rasullah s.a.w.bersabda:
"Bukanlah puasa itu hanya sekedar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor."
(H.R.Ibnu Khuzaimah)
Beruntunglah mereka yang dapat berpuasa selama bulan Ramadhan, karena puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.
Perlu diingat ibadah puasa Ramadhan akan membawa faaedah bagi kesehatan
rohani dan jasmani kita bila ditunaikan mengikut panduan yang telah ditetapkan, jika tidak maka hasilnya tidaklah seberapa malah mungkin ibadah puasa kita sia-sia sahaja.
Allah berfirman yang maksudnya:
"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (s.al-A'raf:31)
Nabi s.a.w.juga bersabda:
"Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar, dan makan tidak kenyang."
Tubuh kita memerlukan makanan yang bergizi mengikut keperluan tubuh kita. Jika kita makan berlebih-lebihan sudah tentu ia akan membawa muzarat kepada kesehatan kita. Boleh menyebabkan badan menjadi gemuk, dengan mengakibatkan kepada sakit jantung, darah tinggi, penyakit kencing manis, dan berbagai penyakit lainnya. Oleh itu makanlah secara sederhana, terutama sekali ketika berbuka, mudah-mudahan Puasa dibulan Ramadhan akan membawa kesehatan bagi rohani dan jasmani kita. Insy Allah kita akan bertemu kembali.
Allah berfirman yang maksudnya: "Pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran
pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran
itu, dan yang memisahkan antara kebenaran dan kebathilan. Barangsiapa menyaksikan (bulan) Ramadhan, hendaklah ia mengerjakan puasa.
(s.al-Baqarah:185)
Oleh Ustaz Syed Hasan AlatasMemasuki ruang rapat di Kantor Perdana Menteri (PM) di Kuala Lumpur, hal pertama yang ditanyakan Najib Tun Razak adalah keberadaan miniatur kapal. “Mana tu kapal Bugis?” spontan, tanya pria yang dilantik Yang Dipertuang Agung Malaysia Mizan Zainal Abidin menjadi PM ke-6 Malaysia itu, kepada stafnya.
“Oh sudah ada!” Najib berujar lega setelah tahu miniatur kapal bugis terpajang rapi di lemari dokumen yang menempel di dinding. Miniatur kapal Bugis, merupakan pajangan yang harus ada di ruang kerja PM baru Malaysia itu.
Hal itu mengingatkan Najib akan nenek moyangnya yang rupanya asli Bugis. “Asal usul saya orang Bugis. Tapi, saya Perdana Menteri untuk semua orang Malaysia,” kata putra sulung mantan PM Malaysia kedua, Abdul Razak, itu, saat bertemu tujuh wartawan asal Indonesia, belum lama ini di Kuala Lumpur.
Tak hanya kapal Bugis, lagu, juga menjadi salah satu minat Najib akan hal yang berbau Indonesia. Meski keturunan Bugis, Najib paling suka mendengarkan musik-musik dari Batak. Istrinya, Rosmah Mansor adalah keturunan Minang, Sumatera Barat.
Najib mengaku senang bertemu dengan para jurnalis asal Indonesia. “Selain bertemu dengan pimpinan negara, saya juga hendak bertemu pemimpin kelompok informal di Indonesia, termasuk para jurnalis seperti ini,” harapnya.
Kesediannya untuk diwawancarai sejumlah media, disebut sebagai tanda keseriusannya untuk membuka kebebasan pers.
Sejauh ini, kebebasan pers di Malaysia menduduki posisi 132 dari 173 di dunia. Begitu dilantik, telah pula membebaskan 13 aktivis yang ditahan berdasarkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Selain itu, Najib juga mengizinkan dua media oposisi yang sempat dibekukan untuk kembali terbit.
Dalam perhelatan “Malam Wartawan Malaysia” yang ditukangi Malaysia’s Press Institute (MPI) di Hotel Istana, Kuala Lumpur, Najib mengklaim bakal mendukung penuh diselenggarakannya sebuah debat dialog nasional demi sebuah transparansi dan akuntabilitas.
Dialog tersebut dipercaya akan menjadi sebuah titik terang bagi pers yang bebas, bersemangat, dan penuh informasi. “Jika kita benar-benar ingin membangun sebuah demokrasi yang responsif terhadap kebutuhan semua lapisan masyarakat, kita membutuhkan sebuah media yang diberikan wewenang untuk secara bertanggung jawab melaporkan apa yang mereka lihat.” ujar Najib
Di petik dari http://www.bugis.net/v1/?p=3
Waspada 'gelombang kedua' flu babi |
Menteri kesihatan memberi amaran kepada rakyat akan kemungkinan "gelombang kedua" jangkitan wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi susulan penularannya ke Thailand hari ini. Datuk Seri Liow Tiong juga mengakui kerajaan Malaysia semakin tertekan untuk mencegah virus itu daripada merebak ke negara ini, lapor Bernama. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sejumlah 4,379 kes jangkitan disahkan berlaku di seluruh dunia dengan keadaan paling teruk berlaku di Mexico. "Kita semakin tertekan untuk memastikan wabak ini tidak menular ke negara kita. "Setakat ini kita telah berjaya mengawalnya tapi kita tak boleh mengambil ringan perkara ini dan perlu sentiasa bersedia untuk menghadapinya," Liow dilapor berkata selepas merasmikan Hari Jururawat Sedunia di Kuala Lumpur, hari ini. Tambahnya, pemantauan influenza dalam tempoh jangka panjang turut dipergiatkan dan ia akan menjadi cabaran kepada kementerian untuk memastikan tiada jangkitan penyakit itu. Beliau berkata, orang ramai perlu memberi tumpuan kepada kebersihan diri dan segera mendapatkan rawatan perubatan jika mereka mengalami apa-apa jua simptom penyakit berkenaan. Kementerian Kesihatan telah menggerakkan Pelan Persediaan Menghadapi Kemungkinan Wabak Influenza pada 30 April lalu. Ketua pengarah kesihatan berkata sehingga jam 12 tengah malam tadi, bilik Pusat Kesiapsiagaan Krisis dan Bertindak Cepat (CPRC) kementerian berkenaan menerima tiga notifikasi kes yang dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh dan Hospital Seremban bagi tujuan siasatan serta pemerhatian. "Kesemua kes telah disahkan negatif terhadap influenza A (H1N1), sehingga masa ini tiada kes influenza A (H1N1) dikesan di negara kita," Tan Sri Dr Ismail Merican dipetik berkata hari ini. Menurut agensi berita itu lagi, 6,440 individu disaring di semua pintu masuk negara dan setakat ini tiada kes dirujuk ke hospital. Tambahnya, bilik CPRC menerima sejumlah 44 panggilan dan dua e-mel daripada orang ramai berhubung nasihat perjalanan ke luar negara, rawatan dan vaksin serta saringan. "Orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi influenza A(H1N1) kerana kementerian sentiasa meningkatkan pemantauan dalam memastikan tindakan proaktif diambil bagi melindungi kesihatan penduduk Malaysia," katanya. Beliau juga berkata, tiada risiko untuk mendapat jangkitan influenza A (H1N1) sekiranya daging atau produk babi disediakan dan dimasak secara betul. Petikan dari www.malaysiakini.com |
Laporan sebuah akhbar harian Indonesia, Surya kejadian itu diberitahu sendiri oleh orang dalam istana kepada ibu model berkenaan.
Ibu Manohara Odelia Pinot mendakwa anaknya dibawa secara paksa selepas mereka sekeluarga selesai mengerjakan umrah bulan lalu dengan menaiki pesawat peribadi dari Jeddah, Arab Saudi.
SUKAU: Pusat Jalur Lebar Komuniti atau PJK, satu gaya hidup baru mengangkat imej dan masa depan ilmu serta sosioekonomi masyarakat di kawasan ini.
Apa tidaknya, hanya dengan membayar RM5.00, setiap individu masyarakat bermula dari kanak-kanak, remaja, belia hinggalah suri rumah atau siapa saja, boleh meneroka dunia luar serta menguasai maklumat dengan kemahiran Teknologi Maklumat atau ICT seumur hidup!
Dengan bayaran ahli PJK ini mereka boleh berkunjung ke pusat PJK berhampiran, empat darinya bakal dibuka dalam tempoh terdekat di kawasan Dun Sukau melibatkan Kampung Paris, Kota Kinabatangan, Bukit Garam dan di Kampung Sukau sendiri sudah pun beroperasi lebih sebulan lalu .
Kesemua ini adalah mesej penting sebuah projek kerajaan di bawah Suruhanjuaya Ko-munikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dilaksanakan oleh Telekom Malaysia, di bawah sasaran Program Pemberian Perkhid-matan Sejagat (PPS).
Daripada enam diwujudkan di seluruh Sabah, empat dari pusat PJK ini berpihak kepada kawasan Parlimen Kinabatangan, yang sebahagian besarnya mendapat manfaat rakyat dalam kawasan Dun Sukau. .. Dua lagi dari projek ini terletak di Pagulangan, Nabawan dan Mempakat Laut, Pitas.
Program menyedarkan masyarakat mengenai kemudahan ini melalui PJK Bersama Komuniti, diadakan di Pekan Sri Lamag, Kinabatangan pada Sabtu, dikendalikan bersama SKMM, TM dan empat gabungan PJK terlibat.
Program itu dirasmikan oleh Adun Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman melalui wakilnya, Amirudin Mohamad Damit, yang juga Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Dun Sukau.
Seperti apa yang dijelaskan oleh Abd. Ghafar Ismail, 27, Pengurus PJK Kampung Sukau yang diberi amanah sebagai Pengerusi Penganjur PJK Gabungan Daerah Kinabata-ngan kelmarin, penyediaan kemudahan program memperkasa ICT desa ini adalah kea rah mencapai inisiatif kebangsaan dalam merapatkan jurang digital di antara masyarakat Bandar dan luar Bandar, selaras matlamat digariskan di bawah Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
Mungkin kita masih tidak terlupa hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad suatu ketika dulu mengujudkan Koridor Raya Multimedia yang kini tersergam indah di Puterajaya, kini gagasan, visi dan misi sudah pun mula dinikmati di Sukau.
Berkelulusan Ijazah dalam bidang Pengurusan Sistem Maklumat UITM di Shah Alam 2005, yang ini juga merupakan syarat utama sebagai ketua pengendali sebuah pusat PJK yang ditetapkan SKMM, Abd Ghafar anak ketiga dari enam beradik itu mahu, seluruh masyarakat di daerah Kinabatangan menjadi ahli PJK sebagai usaha membolehkan mereka menguasai ICT.
“ Dengan menjadi Ahli PJK, mereka boleh menggunakan kesemua pusat PJK di dalam daerah ini dan di luar Sabah untuk belajar asas penggunaan komputer mengenai Microsof Office serta aplikasi On Line seperti E Goverment, On Line Banking dan sebagainya.
“ Tetapi menggunakan komputer untuk tujuan mendapatkan ilmu dan kemahiran dan mengetahui dunia luar secara maya,” katanya.
Setiap PJK termasuk tiga lagi disini yang beroperasi dalam tempoh terdekat akan dibuka bermula pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Jika peserta sesebuah PJK itu menjadi ramai bimbingan dan penggunaan komputer akan dibuat.secara bergilir.
Lebih 100 orang hadir dalam program itu dan lebih 50 darinya telah menjadi ahli PJK.
Sebagai tambahan, terdapat 14 unit komputer, dilengkapi dengan mesin pengimbas dan mesin pendua disediakan di pusat PJK Kampung Sukau bagi menjayakan operasinya, manakala di PJK Bukit Garam 18 unit Kom-puter disediakan, diikuti Kota Kinabatangan 15 dan Kampung Paris 1, 17 unit, yang turut dilengkapi mesin pengimbas dan mesin pendua. Penyediaan kesemua peralatan dan tapak projek ini ditaja oleh SKMM menerusi Universal Provision Service, sebuah agensi diperuntukkan di bawah suruhanjaya itu. Projek itu dianggarkan menelan belanja berjuta ringgit di sini.
Encik Julius Derawading bertugas sebagai Pengurus untuk PJK BUkit Garam, manakala Cik Huda Mohamad dan Cik Cermilita Caneza masing-masing bertugas sebagai pengurus PJK Kota Kinabatangan dan Kampung Paris 1.
Amirudin ketika mewakili Saddi merasmikan majlis itu, mahu seluruh rakyat di kawasan Sukau bersedia merebut peluang itu bagi mencapai matlamat SKMM dan rancangan pembangunan ekonomi yang disasarkan wakil rakyat itu.
Katanya, kemahiran dalam bidang ICT boleh membantu matlamat Saddi dan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meneroka bidang-bidang kemajuan di kawasan itu, khususnya rancangan mengujudkan Pekan Baru Sukau, menjana ekonomi pelancongan berasaskan Gumantong Park, serta kemajuan di bidang ilmu dan pendidikan yang mampu menjana rankaian pendidikan dengan Hub Pendidikan yang diwujudkan di Kampung Sungai Batang, di Libaran. Ini sebuah projek yang diilhamkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman.
Tambahnya, kedudukan Sukau sebagai distinasi pelancongan yang dikenali di merata Asia dan Eropah, menambah tarikan kepada para pelancong ke sini dengan kemudahan PJK itu membolehkan mereka berhubung dengan keluarga dan rakan di negara asal.
“Wakil rakyat kita amat berharap jika rakyat di sini menguasai ICT untuk mencari dan meneroka apa saja bidang pelaburan luar untuk menjayakan perusahaan yang berkaitan dengan ekonomi Sukau,” katanya.
Beliau berharap, kalangan ibu bapa, individu serta mereka yang mewakili pihak kerajaan dan swasta menyokong usaha SKMM itu untuk faedah yang disasarkan demi kebaikan setempat dan berterusan.
Di petik dari NEW SABAH TIMES
Bagi kawasan Kampung Paris 1, 2 dan 3 untuk keterangan lanjut sila hubungi Di talian 013-8723293
Atau ke Website PJK KAMPUNG PARIS 1