
Turut menghadiri majlis Pemaju Mukim Kg. Paris SAMRY SHER MOHAMAD
PEMAJU MUKIM, Pegawai Kemajuan Masyarakat AMIRUDIN MOHD DAMIT dan semua UPKR Adun 48 Sukau. Majlis ini di meriahkan oleh ARtis Legend Sabah Abu Bakar Ella ( AMPAL ). Tidak kering gusi di buatnya. Majlis juga di hiburkan oleh Boyd (Anak kepada YB SADDI ABDUL RAHMAN ) dan artis dari semenanjung iaitu Farrah Asyikin.
Majlis ini untuk mendedahkan internet kepada masyarakat kampung paris. Kanak-kanak, dewasa dan semua ketua-ketua adun N.48 sukau perlu tahu menggunakan internet' Kata YB Hajjah Jainab '. Pendedahan ini akan memantabkan lagi gaya hidup masyarakat Kampung Paris pada masa depan sejajar dengan pembangunan sekarang. Kemudahan telah di sediakan oleh kerajaan seperti Pusat Jalur Lebar Komuniti di Paris 1 dan Sukau untuk memudahkan masyarakat mengenali dan belajar internet. Ini adalah dasar kerajaan yang mengambil berat keatas rakyatnya.
Sempena majlis ini juga, Penganjur juga membuat pertandingan buat blog, Menaip paling cepat bagi anak-anak, Menari Shuffle dan Bola Sepak.
Blog http://kampungparis.blogspot.com mendapat tempat kedua. Tempat pertama di menangi oleh orang sukau dan tempat ketiga di menangi oleh Kampung Paris 1. Tahniah Kepada pemenang-pemenang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan