Selasa, 16 Jun 2009

Kapal Bugis Najib Tun Razak

Memasuki ruang rapat di Kantor Perdana Menteri (PM) di Kuala Lumpur, hal pertama yang ditanyakan Najib Tun Razak adalah keberadaan miniatur kapal. “Mana tu kapal Bugis?” spontan, tanya pria yang dilantik Yang Dipertuang Agung Malaysia Mizan Zainal Abidin menjadi PM ke-6 Malaysia itu, kepada stafnya.

“Oh sudah ada!” Najib berujar lega setelah tahu miniatur kapal bugis terpajang rapi di lemari dokumen yang menempel di dinding. Miniatur kapal Bugis, merupakan pajangan yang harus ada di ruang kerja PM baru Malaysia itu.

Hal itu mengingatkan Najib akan nenek moyangnya yang rupanya asli Bugis. “Asal usul saya orang Bugis. Tapi, saya Perdana Menteri untuk semua orang Malaysia,” kata putra sulung mantan PM Malaysia kedua, Abdul Razak, itu, saat bertemu tujuh wartawan asal Indonesia, belum lama ini di Kuala Lumpur.

Tak hanya kapal Bugis, lagu, juga menjadi salah satu minat Najib akan hal yang berbau Indonesia. Meski keturunan Bugis, Najib paling suka mendengarkan musik-musik dari Batak. Istrinya, Rosmah Mansor adalah keturunan Minang, Sumatera Barat.

Najib mengaku senang bertemu dengan para jurnalis asal Indonesia. “Selain bertemu dengan pimpinan negara, saya juga hendak bertemu pemimpin kelompok informal di Indonesia, termasuk para jurnalis seperti ini,” harapnya.

Kesediannya untuk diwawancarai sejumlah media, disebut sebagai tanda keseriusannya untuk membuka kebebasan pers.

Sejauh ini, kebebasan pers di Malaysia menduduki posisi 132 dari 173 di dunia. Begitu dilantik, telah pula membebaskan 13 aktivis yang ditahan berdasarkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Selain itu, Najib juga mengizinkan dua media oposisi yang sempat dibekukan untuk kembali terbit.

Dalam perhelatan “Malam Wartawan Malaysia” yang ditukangi Malaysia’s Press Institute (MPI) di Hotel Istana, Kuala Lumpur, Najib mengklaim bakal mendukung penuh diselenggarakannya sebuah debat dialog nasional demi sebuah transparansi dan akuntabilitas.

Dialog tersebut dipercaya akan menjadi sebuah titik terang bagi pers yang bebas, bersemangat, dan penuh informasi. “Jika kita benar-benar ingin membangun sebuah demokrasi yang responsif terhadap kebutuhan semua lapisan masyarakat, kita membutuhkan sebuah media yang diberikan wewenang untuk secara bertanggung jawab melaporkan apa yang mereka lihat.” ujar Najib


Di petik dari http://www.bugis.net/v1/?p=3

Rabu, 10 Jun 2009

Pelancaran Laman Blog Adun N48 Sukau

Pada Hari kemarin 09, Jun 2009 " Majlis Pelancaran Laman Blog ADUN N.48 Sukau " http://adun48sukau.blogspot.com diadakan di Paris 1 Anjuran UPKR N 48 Sukau. Pelancaran ini di rasmikan oleh YB. Datuk Hajjah Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid ( Pem. Menteri Pembangunan Sumber Dan Kemajuan Teknologi Maklumat). Majlis ini di hadiri oleh YB SADDI ABDUL RAHMAN.
Turut menghadiri majlis Pemaju Mukim Kg. Paris SAMRY SHER MOHAMAD
PEMAJU MUKIM, Pegawai Kemajuan Masyarakat AMIRUDIN MOHD DAMIT dan semua UPKR Adun 48 Sukau. Majlis ini di meriahkan oleh ARtis Legend Sabah Abu Bakar Ella ( AMPAL ). Tidak kering gusi di buatnya. Majlis juga di hiburkan oleh Boyd (Anak kepada YB SADDI ABDUL RAHMAN ) dan artis dari semenanjung iaitu Farrah Asyikin.
Majlis ini untuk mendedahkan internet kepada masyarakat kampung paris. Kanak-kanak, dewasa dan semua ketua-ketua adun N.48 sukau perlu tahu menggunakan internet' Kata YB Hajjah Jainab '. Pendedahan ini akan memantabkan lagi gaya hidup masyarakat Kampung Paris pada masa depan sejajar dengan pembangunan sekarang. Kemudahan telah di sediakan oleh kerajaan seperti Pusat Jalur Lebar Komuniti di Paris 1 dan Sukau untuk memudahkan masyarakat mengenali dan belajar internet. Ini adalah dasar kerajaan yang mengambil berat keatas rakyatnya.

Sempena majlis ini juga, Penganjur juga membuat pertandingan buat blog, Menaip paling cepat bagi anak-anak, Menari Shuffle dan Bola Sepak.

Blog http://kampungparis.blogspot.com mendapat tempat kedua. Tempat pertama di menangi oleh orang sukau dan tempat ketiga di menangi oleh Kampung Paris 1. Tahniah Kepada pemenang-pemenang.

Ahad, 24 Mei 2009

test kelajuan menaip

cuba testing kelajuan anda menaip di sini... test..test..je...Enjoy...



30 perkataan

Speedtest

Rabu, 13 Mei 2009

Flu Babi

Waspada 'gelombang kedua' flu babi


Menteri kesihatan memberi amaran kepada rakyat akan kemungkinan "gelombang kedua" jangkitan wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi susulan penularannya ke Thailand hari ini.

Datuk Seri Liow Tiong juga mengakui kerajaan Malaysia semakin tertekan untuk mencegah virus itu daripada merebak ke negara ini, lapor Bernama.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sejumlah 4,379 kes jangkitan disahkan berlaku di seluruh dunia dengan keadaan paling teruk berlaku di Mexico.

"Kita semakin tertekan untuk memastikan wabak ini tidak menular ke negara kita.

"Setakat ini kita telah berjaya mengawalnya tapi kita tak boleh mengambil ringan perkara ini dan perlu sentiasa bersedia untuk menghadapinya," Liow dilapor berkata selepas merasmikan Hari Jururawat Sedunia di Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya, pemantauan influenza dalam tempoh jangka panjang turut dipergiatkan dan ia akan menjadi cabaran kepada kementerian untuk memastikan tiada jangkitan penyakit itu.

Beliau berkata, orang ramai perlu memberi tumpuan kepada kebersihan diri dan segera mendapatkan rawatan perubatan jika mereka mengalami apa-apa jua simptom penyakit berkenaan.

Kementerian Kesihatan telah menggerakkan Pelan Persediaan Menghadapi Kemungkinan Wabak Influenza pada 30 April lalu.

Ketua pengarah kesihatan berkata sehingga jam 12 tengah malam tadi, bilik Pusat Kesiapsiagaan Krisis dan Bertindak Cepat (CPRC) kementerian berkenaan menerima tiga notifikasi kes yang dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh dan Hospital Seremban bagi tujuan siasatan serta pemerhatian.

"Kesemua kes telah disahkan negatif terhadap influenza A (H1N1), sehingga masa ini tiada kes influenza A (H1N1) dikesan di negara kita," Tan Sri Dr Ismail Merican dipetik berkata hari ini.

Menurut agensi berita itu lagi, 6,440 individu disaring di semua pintu masuk negara dan setakat ini tiada kes dirujuk ke hospital.

Tambahnya, bilik CPRC menerima sejumlah 44 panggilan dan dua e-mel daripada orang ramai berhubung nasihat perjalanan ke luar negara, rawatan dan vaksin serta saringan.

"Orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi influenza A(H1N1) kerana kementerian sentiasa meningkatkan pemantauan dalam memastikan tindakan proaktif diambil bagi melindungi kesihatan penduduk Malaysia," katanya.

Beliau juga berkata, tiada risiko untuk mendapat jangkitan influenza A (H1N1) sekiranya daging atau produk babi disediakan dan dimasak secara betul.

Petikan dari www.malaysiakini.com

Sabtu, 25 April 2009

Badminton Tertutup Kinabatangan

Sempena PESTA KAAMATAN 2009, semua warga Kinabatangan untuk menyertai pertandingan badminton individu sempena Pesta Kaamatan Daerah Kinabatangan. Pertandingan di adakan pada 05 - 08, Mei 2009 Pada Jam 5 pm sehingga 11 pm dan bertempat di Dewan Sri Lamaq, Kinabatangan.

Kategori :

Perseorangan Lelaki Terbuka
Bergu Lelaki (veteran) 45 tahun ke atas
Bergu Wanita Terbuka
Bergu Campuran Terbuka
Bergu Lelaki Terbuka

Hadiah Yang Di tawarkan :

Johan TRacksuit, Racket, Hamper dan Sijil
N. JOhan Baju, Hamper dan Sijil
Ketiga Baju Hamper dan Sijil
Keempat Hamper dan Sijil

Saya akan menyertai pertandingan ini nanti Kategori Bergu Lelaki terbuka, Mahu ambil Single juga, tapi takut nafas tidak mencukupi. Main sekadar suka-suka sahaja. Kalau Johan Alhamdulillah Lah. Kalau Johan dapat racket baru lagi. Kalau Kalah, balik lah...
Apapun badminton adalah sukan saya.

MAJULAH SUKAN UNTUK KAMPUNG PARIS