Rabu, 25 Februari 2009

Kursus Pra Perkahwinan


Ini lah wajah2 jejaka teruna kampung paris yg mengambil Kursus Pra Perkahwinan pada 21 & 22 Februari 2009 yg bertempat di Dewan Sri Lamag Kota Kinabatangan.



Kursus Pra Perkahwinan Islam adalah merupakan satu elemen penting yang berperanan sebagai satu bidang ilmu yang wajib diikuti oleh semua generasi muda yang akan mendirikan rumhatangga agar mereka memahami keadaan sebenar apabila menjalani kehidupan berkeluarga. Kursus Pra Perkahwinan Islam adalah salah satu daripada inisiatif yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalah usaha untuk meminimumkan permasalahan yang berkaitan dengan hal ehwal rumahtangga Muslim.

Kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi maklumat dan pengetahuan serta pendedahan asas tentang konsep asas perkahwinan dan kekeluargaan dalam Islam. Kursus Pra Perkahwinan Islam adalah juga sebagai bahan panduan dan juga rujukan bagi bakal suami isteri, dan juga para pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumah tangga dan sesiap sahaja yang hendak mendalami ilmu berkaitan hal-hal kekeluargaan.






Agag-agak siapakah antara mereka yang dahulu naik ke pelamin?
Hahahahaha....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan