Isnin, 1 Disember 2008

4 PERKARA

Mmwallet4u.net Team!


Assalamualaikum Warahmatullah.....

4 perkara ini mungkin berguna bg kita dlm memperbaiki diri.. setiap kita ada kelemahan dan sekiranya kita cuba untuk memperbaiki kelemahan ini, kita adalah tergolong dlm org yg berani..alamat-alamat di bawah mencerminkan di mana kita, semoga kita menjadi insan yg hari esoknya lebih baik dr hari semalam, insya-ALLAH.

4 ALAMAT ORANG CERDIK
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan, dan
4. Dapat menimbang pertimbangan org lain

4 ALAMAT ORANG BERIMAN
1. Meniggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati org
3. Mudah memberi ampun
4. Teliti memberi hukuman

4 TANDA ORANG BERAKAL
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka apabila menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. banyak benarnya

4 ALAMAT ORANG RENDAH
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Menyalahkankan orang lain
4. Memburukkan kawan

4 YANG MENIMBULKAN CINTA
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik

4 SOAL YANG MEMBAWA KEUNTUNGAN HIDUP
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yg tidak baik
3. Baik Budi bahasanya
4. Suka berterima kasih

4 SEMPURNA DENGAN 4
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dan taqwa
3. Amal dan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan

4 MESTI DIJAGA
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

4 MACAM PENCARIAN
1. Pertama akal, ialah orang yg hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yg hidup berdagang
3. Penghabisan akal, orang yg hidup membunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan