Selasa, 16 September 2008

Agen Mercun Di Kehendaki

Kini, Kastam Diraja Malaysia menawarkan ganjaran serta-merta RM 10,000 (paling lambat 3 hari) jika anda mempunyai maklumat tentang sesiapa yang menjadi pembekal mercun untuk Aidilfitri tahun ini.

Bukan itu sahaja, jika hasil rampasan itu besar. Anda akan mendapat ganjaran 10% daripada jumlah mercun yang berjaya dirampas. Ganjaran 10% itu akan diberikan terus kepada anda tanpa perlu menunggu keputusan perbicaraan di Mahkamah.

Bayangkan kalau hasil rampasan itu bernilai RM 1 juta, sudah tentu anda akan beraya sakan tahun ini sebab akaun bank anda bertambah RM 100,000. Banyak tu!

Jadi, kepada semua peniaga sambilan mercun tahun ini, lebih baik anda bertukar profesion kepada ‘mata-mata kastam’ pulak tahun ini. Hasilnya tentu lumayan kerana anda tentulah tahu ‘siapa’ yang menjadi pembekal utama di daerah anda.

Memanglah mudah mendapat wang raya dengan menjadi penjual mercun, tetapi adakah hasil yang anda perolehi itu halal di sisi Allah SWT? Jika hukumnya haram, apakah kesannya jika wang itu digunakan untuk menyara makan-minum keluarga anda?

Patutkah umat Islam di negara ini merayakan Aidilfitri dengan bermain mercun biarpun setakat mercun 'budak-budak"?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan