KAMPUNG PARIS
PERKAMPUNGAN ANAK RAKYAT ISLAM SABAH
Khamis, 16 Jun 2011
Selasa, 7 September 2010
Selamat Hari Raya 2010
Ahad, 1 Ogos 2010
Kenali Sanggara' Peppe'
Sanggar Peppe' adalah salah satu resepi makanan Bugis yang ringkas tetapi enak, apalagi kalau dimakan beramai-ramai, apalagi kalau lepas hujan. Kata orang putih, very simple recepi.
Bahan-bahannya :
-> Loka atau Otti ( Pisang ) yang cukup masak tetapi tidak masak. Banyaknya, ikut suka hati anda.
-> Minyak masak untuk menggoreng
-> Bahan untuk sambal : Lambace tase ( Tomato masak ), Ladang ( Cili ), Tarasi ( Belacan ), Pejje ( Garam ) dan Golla ( Gula ).
Cara-caranya :
Kupas pisang dan masukkan ke dalam air agar tidak hitam. Panaskan minyak dan goreng pisang tadi sehingga agak masak, jangan sampai berubah warna jadi perang atau hangus. Sejukkan, kemudian pipihkan satu persatu dengan menggunakan cobek(lesung), awas jangan hancur atau lumat. Cukup dengan merubah bentuknya menjadi kepingan setebal setengah cm.
Bila sudah cukup, goreng sekali lagi (pisang yang sudah dipipih) sehingga agak garing sedikit, jangan terlalu garing. Siap....senangkan!
Penyediaan sambal Tomat :
Bersihkan tomato dan cili. Tumbuk lumat bersama tarasi, garam dan sedikit gula pasir. Kalau mahu dimasak boleh juga, kalau tidak pun boleh. Terserah anda....siap sambalnya.
Nah...panggil semua anggota, hidangkan masa panas-panas. Cicah sanggarnya dalam sambal dan...emph...sodaapnya. Selamat mencuba.
Di Petik dari http://sipatuo.blogspot.com
Sabtu, 9 Januari 2010
bekalan air paip
Sabtu, 19 September 2009
Salam Lebaran
Yang empunya blog mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin ( kalau ada lah yah ) kepada semua kawan-kawan, pengunjung2, yang tersesat masuk sini dan semua penduduk negara Malaysia serta semua penduduk bumi yg beragama Islam tidak kira di mana berada. Semoga kita semua diberi kesihatan rohani dan diberi kejayaan di dunia dan akhirat. amin....
Langgan:
Catatan (Atom)