Khamis, 30 Oktober 2008

remaja Paris

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle




Ini lah kerja remaja paris di kedai semasa saya pigi kk ari tu. Tapi Semuanya bagus² dan ensem² lagi.

Tengok lah mereka ni bagus² kan? hehehe.. saya perkenalkan mereka dulu. Dari kiri Amir, Pablo, Judin Dan Bannya.
Cerianya mereka..Rasa²nya apa mereka tengok ni yah? cam lain jak mata dorang tengok d komputer tu.. macam ada sesuatu yang best di tengok. Yang kiri tu C Omar, Yg paling belakang tu c Amat dan yg paling besar tu c Karz. Ensem bah c Karz ni.. hehehe


Aduh! Ngapain bisa gini ni Pablo.. Bibir kamu Kok seksi banget.. Mau cium siapa ni? hehehehe.. Matanya tu bah.. Macam kesedapan sudah c Pablo ni..hahahaha....
Gayanya te tau mesa.. La bolong asenna Iyye....masilang-silang aje sih.. pada bos e' adedede..hehehehe.. sapa yg ndak paham tu tanya dengan orang bugis yah. huhu..

Lirikan matamu Membuat c gadis tergoda


Telebih senyum sudah ni c Karz..
Aksi paling locok ku rasa yang ini bah.. Aku tidak tau dia terkejut pasal apa ni.hehehhe
Ehemm.... Trep Macho lagi ni anak nie...Macam artis Indonesia lah.. huhu

Isnin, 27 Oktober 2008

pigi kk lagi

Perjalanan yang tidak memboringkan, sepanjang perjalanan ada sahaja di cerita. Dari politik, hiburan, perang, gosip menggosip <- sikit2 jak huhuhu... tapi memang best lah.. happy n gumbira. Tapi hampir2 juga kena sambar oleh bas besar di selekoh selepas telupid yang jalan bengkok2 tu, jalan sempit banyak kona2 baring lagi.. kalau tidak berhati2 di jalan ni Nahas.. jumpa keranda lah jadinya huuhu.. palis2 lah.. tapi apa pun semua selamat ALHAMDULILLAH.

Kereta D-MAX SD9112 Kepunyaan skinchai dengan pertama kalinya pergi Kota kinabalu ( KK ). Perjalana jauh yang pertama lah ni.. Kereta baru lagi, belum lagi sampai sebulan usia kereta.. belum lagi di cerak <-- bahasa Bugis ni huuhuhu..
Ini lah yg empunya Kereta tu, Muda, ensem,bergaya, berkrim dan di sukai ramai
Yang ni pula Ehemmm...Nippi bayanz... tidak kering gusi kita di buatnya, ada jak cerita locok2nya
Kalau yang ini pula, si Lampe hehehe.. si BUS..ini pun locok2 juga ni.nakal betul otaknya nie..ada jak yang di ketawakan pasal orang..Tapi Penyayang orang nie.. huhuhuhu..
tengok si Bus be sms jak kejanya.. kadang2 tangan kanan pegang stearing, tangan kiri men sms.. tapi champin juga dereba.. dereba drift bah ni.hehehe
ehhh.. apa yg d pandang tu? Kagum dengan ciptaan Tuhan lah.Tapi aku Kecewa selepas meniggalkan tempat nie, sangat kecewa. mahu tau kenapa? To be bersambung...
Aku rasa ini macam aku lah.. hehehehe..aku kecewa meninggal kan tempat ni sebab.. tuuuuu naaa.. ROKOK DUNHILL ku tertinggal, dah lah mahal rokok sekarang nie. tinggal lah plaknya..siapa yang dapat tu aku ikhlaskan lah.. hehehehe
Sampai jak d kk, cari hotel, konon2nya mo cari hotel yang boleh on9 free lah ni, puas cari tapi ndak ada satu pun yang kami jumpa. apa punya hotel d kk, bagus lagi d tawau, ada juga hotelnya yang boleh on9 free. Nasib lah ada aku bawa broadband hehhe HOtel Pertama Hotel Ruby, ndak puas hati d sini, biliknya kecil, aircondnya ndak kuat, mahal lagi,pokoknya ndak best lah hotel nie.
Tanpa di duga dan tidak di sengajakan dan tanpa d rancang, terjumpa plak si kawan satu tu, INgatkan dia d tawau, rupanya ada juga dia di kk ngan couplenya. Tapi ok lah dorang belanja pi main bowling. Semuanya pun barusan mo main bowling. kebanyakan bola pi parit jak hehehehe... ada yg tejatuh lagi sama bola2 bowling, mau tau siapa? Biarlah Rahsia hehehe...
Dalam perjalanan p tempat main bowling sempat lagi berkenalan dengan tukang masak paling pendek di kk.. hehehehe..kalau mau jumpa dia, pegi jak tiingkat 8 ( Kalau ndak salah lah) di CPoint.hihihi. Laptop mesti mau di bawa terus.. takut simpan di kereta, coz banyak pencuri barang2 dalam kereta di KK. Jadi berhati-hati lah sebelum kena..
4 pasangan romantis, tapi yg paling romantis dan si kawan lah ni ngan couplenya.. huhuhu ndak lama dorang kawin nie.. cocok betul dorang nie. macam apa Bus? hehehehe
Ini Hotel Kedua, Hotel Reflesia, ok sikit dari Hotel Ruby. Tapi aku ndak tau lah apa yang di lakukan si Bus nie.. kamu fikir lah sendiri hehehehehe...
Perbelanjaan kami, ini jak lah, ada lah juga di bawa balik pi kampung paris

Jangan tiru aksi ini, ndak lama jadi scorpion king ni.. hehehehe...

ada juga abg si skinchai di jumpa d kk. ndak lama jadi jutawan muda ni. Tapi berubah sudah dia bah, selama dia tinggal d kk. Sanggup dia ndak balik pi kampung Paris berhari Raya baru2 ni..apa kes nie Dadu? hehehehe

Untuk Pengetahuan semua, selepas jak dari KK semuanya SUDAH BERUBAH, ndak tau kenapa. hehehehehe





Sabtu, 25 Oktober 2008

DriverAgent

Step 1
When prompted, click on the "Save File" button. DriverAgent will be downloaded to your computer. Download file Size: 416KB


Step 2
When the download is complete, choose 'Open' from the download manager to run DriverAgent.


Step 3
DriverAgent immediately begins looking for the latest drivers for your computer!


Step 4
Done! DriverAgent shows you a complete report of your current and outdated drivers.

Click on the Download Icon ( ) next to a red 'X' ( ) to get the latest driver available.

DOWNLOAD DRIVERAGENT HERE

For more information click here

Jumaat, 24 Oktober 2008

UNLOCK CODE SECURITY

terbaik untuk membuka NOKIA SECURITY CODE cukup hanya dengan memory card.
simpan file (unlock code security.mdl) di memory card kamu pada direktori E:\system\recogs lalu masukan memory card kedalam handphone yang terkunci dan nyalakan handphone tunggu hingga sekitar 3 minit, setelah itu buka bateri serta memory card tanpa mematikan handphone dengan tekan on/off, selepas itu handphone pun akan mereset code kembali ke 12345, mereset jam beserta tanggal...
saya pernah cuba dan try pakai nokia 6630 6680 dan N70, N73dan N-Gage GD.

Enjoy to Download

Download Di sini

Khamis, 23 Oktober 2008

‘I’m Going Silent this Halloween with Nokia XpressMusic‘.


  • A stylishly asymmetrical design
  • Excellent audio quality with fast and easy music downloads, and space to store your music with a microSD slot supporting memory cards up to 2 GB.
  • A 2.0” QVGA display
  • SMS, MMS, instant, flash, and Xpress Audio messaging, and email
  • Music player supporting various formats (MP3, MP4, AAC, -AAC+, and WMA)
  • Dedicated music keys and rhythmic lights flash to the beat of the music.

Isnin, 20 Oktober 2008

cerita locok-locok

Bilik No.27

Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan menanyakan kepada penyambut tetamu apakah bilik no. 27 ada pesakitnya.

Penyambut tetamu tersebut lalu memeriksa bilik tersebut, dan segera kembali menyambung panggilan telefon dan memberitahu lelaki tersebut bahawa bilik no. 27 itu kosong.

"Bagus sekali!" kata lelaki tersebut.
"Ini bererti aku sudah betul-betul berhasil melarikan diri!"


Ganti Pakaian

Dalam Kompeni A sebuah pasukan tentera yang sudah berbulan-bulan bertugas di pedalaman Sarawak, sampai suatu ketika mereka dikumpulkan oleh Kapten mereka.

"Saya ada dua berita untuk kamu semua, berita baik dan berita buruk. Berita baiknya, hari ini pakaian dalam kita akan diganti..."

"Horaiii! Siap, kapten!" jerit seluruh anggota pasukan dengan gembira.

"Nah, sekarang berita buruknya. Ahmad, ganti pakaian dalam kamu dengan kepunyaan Abu. Ah Meng, kamu ganti dengan kepunyaan Salim..."


Lailatul Qadar

"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid," kata abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan. Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Mata ku terpaku pada kubah masjid, kagum dan jari jemari ku sedikit mengigil kerana rasa kagum yang amat sangat. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya abah.
"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah...

"Berapa lama engkau tak ke masjid!!?" Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini. "Dia orang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor... Pasal tu kubah tu dia orang angkat letak kat tanah," sambung abah lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia ketawakan aku. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.



Kenapa perempuan Melayu senang kena rasuk


Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India. Di mana salah nya...

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

Kes histeria di sekolah kat BSB... ..Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!

Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadis Melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???"
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab... "Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat", "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK... " "Aduhai...

kekekeekeeee. .. Dah, jangan dok mengulor dan mempercayai perkara tahyul... ..pi buat keja cepat.....



Kentut Yang Tak Boleh Di Tahan


Seorang gadis pergi makan malam kerumah orang tua kekasihnya.Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup.

Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji.

Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya.

Hampir menangis rasanya ia berusaha menahan kentut. namun karena sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega.

Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya.

Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga yang asyik mengendus-endus di kaki si gadis, dan berkata dalam nada yang agak tinggi,"Doggy!"

Si gadis berfikir, "wah ini bagus!" dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa menit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi.

Kali ini, dengan tanpa malu-malu di lepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat.

Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak, "Celaka Doggy!"

Sekali lagi si gadis tersenyum dan berfikir, "bagus!" beberapa menit kemudian si gadis merasa perlu mengeluarkan kentut lagi.

Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini boleh menyaingi bunyi kereta api.

Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak, "Celaka Doggy!", cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak diatas kamu!"



Najis Kecil, Najis Besar


Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa, hari ni hari dia mungkin besok hari kita.

Betul tak. Masa zaman kami dulu tok imam tu tanya "ko orang islam nak kawin nak cuba tanya soalan sikit yang saya ingat. :-

a) Cuba Mengucap
b) Apa rukun dan fardunya.

Berpeluh juga BEB.

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya.

Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar.....Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok siling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu...bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi....tok kadi mula senyum...

Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi....tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ...taik gajah... besar betul..nak2 bila gajah makan durian.



Wantan Mee

Alkisah ini terjadi di sebuah kedai makan....Mat & Ah Chong singgah untuk makan setelah mereka selesai menonton wayang.... maka terjadilah perbualan ini:-

PELAYAN : nak minum apa encik?

MAT : bagi saya milo ais satu.

A CHONG : Saya mau minum itu sirap limau....

PELAYAN : ok.....makan cik?

Mat : Saya nak nasi goreng satu...telur mata kerbau satu..

AH Chong : Kasi saya itu "WANTAN MEE"

maka pelayan tadi terus beredar beberapa minit kemudian dia datang semula.....lalu berkata:

PELAYAN : mintak maap la cik tukang masak saya suruh bagitau yang ada kat dapur la ni cuma telur ayam .... kalau cik nak mata kerbau tak ada sebab dia tak sanggup nak korek mata kerbau tu cik....lagi satu kalau cik nak makan mee setakat 2 tiga pinggan tu ada la tapi kalau sampai "ONE TAN" mee tak cukup la cik........

MAT & AH CHONG : ???????????????????????



Drebar baru kereta sewa (New Taxi Driver)

Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Susi menahan teksi untuk mengantarnya pulang.

Fasha: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik"

Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM.

Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah.

Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.

Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!"
Fasha: "Laa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!"
Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik"
Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"
Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..."

Fasha: "patutla...."

Bila nak kawin

Untuk Yang Masih Bujang Macam Saya... ini betul berlaku..hehehe

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna. emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara. ayah takut bergelar andalusia


Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya

Bila nak kawin???
Aduuuhh.aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun ndak ada.
Hah!!! ko tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

Bila nak kawin???
Akan ku kawin sekarang ni juga ( haa.haa.haa)
Andai memilih isteri semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..

Bila nak kawin???
Aaahhh.sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bila²..)
Kalau ada jodoh. Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.

Selasa, 7 Oktober 2008

Mengembalikan Task Manager

Kita kena akui bahawa setiap daripada kita pernah dijangkiti virus sebelum ini. Walau dengan kecanggihan teknologi dan kepelbagaian perisian antivirus yang ada, kita masih boleh dijangkiti oleh virus - virus baru yang kebetulan mungkin pada masa itu munculnya virus yang masih belum dikenali oleh perisian antivirus.
Kadang - kala selepas selesai kita membuang semua virus yang ada, kita dibelenggu pula dengan masalah - masalah lain seperti, tidak dapat menggunakan ‘Windows Task Manager’ apabila anda menekan Ctrl-Alt-Delete. Terpapar mesej “Task Manager has been disabled by your administrator”.
Anda mungkin fikir senang untuk memperbaiki masalah ini, iaitu hanya dengan pergi ke Start->Run->regedit. Tapi tetiba pula mesej “Registry editing has been disabled by your administrator” dipaparkan ..
“Folder Options”, “Show Hidden Files & Folder” pun hilang !. Mesti bingungkan Jangan bimbang, sekarang sudah ada cara untuk mengembalikannya semula.
Masalah ini kebiasaannya disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai “Brontok”. Virus “Brontok” akan mengubah sistem supaya ia dapat bersembunyi tanpa dikesan dengan mudah oleh pengguna.
Saya terjumpa dengan satu perisian percuma yang dipanggil
“Remove Restrictions Tool (RRT)” yang berupaya untuk mengembalikan semula masalah kehilangan :

- Registry Tools (regedit)
- Ctrl+Alt+Del
- Folder Options
- Show Hidden Files

Percuma dan mudah untuk digunakan, tapi jangan lupa, perisian ini perlu dijalankan di dalam “Safe Mode”.

Download Di sini

Sabtu, 4 Oktober 2008

Rabu, 1 Oktober 2008

1 Syawal Bersama Keluarga

1 Syawal menjelang tiba, Hari yang cukup bermakna bagi kami sekeluarga. Saya adik2 kakak dan mama yang tercinta sangat bahagia dan gembira.. Mama begitu gembira di hari raya kerana anaknya semua ada d umah.. cucu2nya pun ada juga..Seperti biasa kami sekeluarga tidak lepaskan peluang mengambil gambar sekeluarga di umah sebagai kenangan.. begini lah kami setiap tahun apabila raya..Sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang.